Hye guys..
Tiba2 rasa nak menulis tu datang.
Sebenarnya aku tengah berkemas.
Esok nak balik kampung. Tapi hati ini menafikan perasaan untuk mengemas..
Kah3..
Bahasa apa yang aku guna ni..
Sebenarnya..
Tadi hati ini menangis..
Sungguh..
Aku sebenarnya tidak kuat..
Tipu kalau aku kata aku kuat..
Luaran memang nampak kuat..
Tapi dalaman...hanya tuhan yang tahu...
Hampir 20 tahun aku sakit..
Ya..
Aku sebenarnya memang sedang sakit..
Tapi aku sendiri tak tahu apa sakit aku..
Hahaha...
Berbelit2
Sejak arwah bonda pergi...
Aku mula berubah...
Kenapa aku ingin menyingkap kisab lama...
Kerna..
Aku jumpa kaunselor..
Kaunselor menyatakan aku sebenarnya trauma dengan kehilangan..
Kehilangan buatkan aku hilang keyakinan diri..
Kehilangan buatkan aku lemah..
Bila ingat kembali..
Aku rasa agak benar kenyataan itu..
Dulu aku terlalu rapat dengan arwah abah..
Sangat rapat..kemana2 aku akan mengekorinya..
Aku masih ingat..ketika itu..aku sangat bahagia..
Namun..
Sejak arwah bonda pergi..
Sebenarnya aku bukan sahaja kehilangan seorang ibu...
Tapi aku juga kehilangan seorang ayah..
Bak kata kaunselor..
Aku trauma..
Arwah ma pergi terlalu cepat..
Tatkala aku masih bertatih dalam kehidupan..
Dan dalam masa yang sama..
Arwah abah menemui cinta baru..yakni ma..
Arwah ma pergi julai 1999 dan arwah abah berkahwin dengan ma sept 1999..
Bak kata orang..
Kubur masih merah...
Kenapa aku menulis kembali kisah ini..
Apakah aku tidak redha..
Bukan tidak redha..
Tapi aku terpaksa mengingatkan kembali kisah ini kerna aku terpaksa..
Dulu selain aku rapat dengan arwah abah..
Aku juga rapat dengan adin..
Aku masih ingat..semasa kecil..dia aka membawa aku pusing kampung menaiki motosikal..
Aku masih ingat aku menemaninya menonton cerita hindustan..
Aku masih ingat..aku ternanti-nanti kepulangannya dari asrama..dia masakkan mee maggi dan hapuskan bukti..
Hahaha...semua kenangan tu tak pernah luput dari ingatan..
Aku juga rapat dengan ateh..
Aku masih ingat dia belikan aku baju gown..betapa gembiranya aku masa tu...
Aku juga rapat dengan angah..
Aku selalu menantikan kepulangan dia dari universiti..
Aku masih ingat dia hadiahkan aku satu set ultraman..sempena harijadi aku ke 8..
Aku waktu itu tidak terlalu rapat dengan along..
Sebab dia sangat rapat dengan acit..
Aku cemburu along akan menemani acit ke tadika setiap pagi..
Dan sampai sekarang aku masih cemburu..
Namun semenjak hari itu...
Semenjak Allah ambil bonda dari kami
Aku hilang segala-galanya...
Aku hilang family..
Aku terkontang kanting..
Along dengan keluarganya..ya dia tak pedulikan aku..
Angah busy dengan kerja..
Ateh hilang dari radar..
Adin pernah kata..kita dah besar..
Acit aku tak pernah rapat sangat
Dan arwah abah tika itu dengan ma baru..
Aku dengan dunia yang aku cipta...
Pelbagai cara aku buat untuk tackle hati abah kembali...
Tapi semua tak berhasil..
Aku buat perangai di sekolah..
Tingkatan tiga aku pernah nak tamatkan nyawa aku...tapi Allah masih sayangkan aku..
Korang tau tak betapa sakitnya waktu itu..
Hati aku dihiris2..
Aku menagih kasih sayang family sendiri...
Ya mereka tidak sedar yang aku sebenarnya berjuang untuk hidup..
Aku pelajar bermasalah di sekolah..
Namun tiada siapa peduli..
Perit sangat rasanya...
Tiada tempat mengadu..
Tiada bahu untuk bersandar..
Jujur
Banyak kali aku cuba bunuh diri..
Lebih-lebih lagi pabila orang berkata-kata yang akulah punca arwah bonda pergi..
Kerana mengandungkan aku di awal 40an..
Dia ditimpa sakit..
Korang tau apa yang aku rasa tika itu..
Aku rasa ingin mati...
MFM_CReaTeD
No comments:
Post a Comment