Friday, September 21, 2012

gambar aku????

hahaha...aku x pernah publish gambar aku sendiri...aku pon xtau kenapa...tp bg aku xyah la publish2...btpe....aku bkn femes pon..+ sape je yg baca blog ni...blog ni hanyalah luahan peribadi aku je...hehehe neway...kejap je kan...dah nk masuk bulan spoloh kejap je masa berlalu....salah satu tanda akhir zaman.... ntah esok lusa aku dpt lihat lg x alam sekeliling ni... jap2...lari topik je ni... hahaha....kdg2 nk publish entry aku dh xtau nk letak tajuk apa...tu yg slalu out of topic... jgn marah ya..hihihi
MFM_CReaTeD

Wednesday, September 19, 2012

epi giler....

Apa yg aku tunggu selama ni akhirnya menjelma juga...xsia2 aku menunggu dengan tabahnya...
apa dia yg aku tunggu tu???? mana ley habaq..tu rahsia..hahaha

sangat bermakna bt aku...
bermakna bt masa depan aku...
sigh...(^_^)/

jgn lupa....

syukur ALHAMDULILLAH...

tp aku sesangat la happy...ngee





MFM_CReaTeD

Friday, September 14, 2012

GADUH???

Pergh...aku gaduh dgn kawan seopis...huhuhu....sedey r....aku niat baek...huhuhu


MFM_CReaTeD

Thursday, September 13, 2012

GOSH!!!!



Stres? sakit ati?

hahaha...xtau la nk ckp apa...

aku pon xtau nk describe macam mana...

actually pasal keja...kadang2 best...kadang2 dtg time ntah pape nye tu...smlm lak ada kes...babitkan bos lak tu...aku dh seriau nk g deparment printing...cinfident level aku dh jatuh....mest kena maki la pasni...(~_~)

sebut sal keja...kejap je wase...pejam celik, pejam celik dah 9 bulan aku kije...cam xcaya pon ada....tp itu lah hakikat...tp satu je aku xpuas ati...aku masih lg dlm tempoh.......phm sendiri r...mls nk citer dh...tp sbb aku perlukan pengalaman...aku kena bertahan...chaiyok2!

TAZKIRAH ARI INI...(dipetik dari mana ntah..lupa dh)

CINTA

apa tu cinta eh...sekarang susah dh nk cari cinta sebenar....
susah dh nk cari cinta sejati....
susah nk cari cinta hakiki....

Cinta pada manusia akan mati
Cinta pada tumbuhan akan layu
Cinta pada ILAHI adalah cinta yang hakiki....



Mencintai Allah Taala merupakan cinta yang teragung. Ianya cinta yang tak dapat disamakan dengan cinta-cinta yang lain. Manusia yang bercinta mungkin bertepuk sebelah tangan, namun barangsiapa yang mencintai Allah, maka cintanya akan dibalas.

Anas berkata:

Maka aku amat mencintai Allah, rasulNya, Abu Bakar, dan Umar. Aku ingin seandainya aku dapat bersama mereka (di Akhirat) walaupun aku tidak beramal sepertimana amalan-amalan mereka.

[Direkod oleh Muslim: 6881]

Siapakah orang yang paling mencintai Allah?

Pastilah yang paling mencintai Allah dengan sebenar-benarnya adalah orang yang beriman, sepertimana yang disebutkan Allah Taalah:

Dan orang yang beriman itu amat dahsyat cinta mereka kepada Allah

[Al-Baqarah: 165]

Dalam sebuah hadis, Nabi ﷺ pernah menyatakan bahawa lelaki mabuk yang lalu dihadapannya dan telah disebat atas kelakuannya itu, juga mencintai Allah dan RasulNya:
Janganlah kamu melaknat dia. Demi Allah! aku tidak mengetahui tentang dia melainkan dia ini mencintai Allah dan RasulNya.

[Direkod oleh al-Bukhari: 6780]

Ini membuktikan bahawa, maksiat tidaklah menafikan asal usul kecintaan. Namun ia menafikan kesempurnaan cinta.

Darjat Cinta Kepada Allah

Cinta kepada Allah mempunyai darjatnya tersendiri: (1) Sentiasa melakukan apa yang diwajibkan Allah, (2) Darjat orang mendekati Allah Taala.

Darjat Pertama: Melakukan perkara yang diwajibkan Allah meliputi cinta kepada apa yang diwajibkan Allah, membenci apa yang diharamkanNya, meredhai apa yang dibawa dari Allah dan meresa redha dan berserah diri dengan apa yang diberikan.

Allah Taala berfirman:


Maka demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan sebagai beriman sehinggalah mereka menjadikan engkau sebagai hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul diantara mereka. Kemudian mereka pula tidak merasa d hati mereka suatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan. Dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuh hati.

[an-Nisa`: 65]

Nabi ﷺ juga berkata:

Siapa yang memberi kerana Allah, dan melarang kerana Allah, dan bercinta kerana Allah, dan membenci kerana Allah. dan bernikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya.

[Direkod oleh at-Turmizi: 2521][1]

Dengan itu, kita mengetahui bahawa kelalaian dalam perkara wajib, dan perbuatan dosa-dosa yang diharamkan Allah- mengurangkan keimanan, maka ia perlu dimuhasabah semula.

Rasulullah ﷺ berkata:

Tidak akan berzina seorang penzina , jika ketika dia berzina dia mengetahui bahawa dia orang beriman. Dan tidak akan meminum arak (pemabuk) jika ketika dia minum itu dia menyedari bahawa dia seorang yang beriman. Dan tidak akan mencuri (seorang pencuri) jika ketika dia mencuri, dia menyedari bahawa dia adalah seorang yang beriman.

[Direkod oleh al-Bukhari: 2475]
Darjat Kedua: Setelah berjaya melakukan amalan yang diperintahkan Allah, dan menghindari laranganNya, maka pada peringkat kedua amalan tersebut ditambah dengan amalan-amalan sunat serta menghindari amalan yang makruh.

Allah Taala telah menyebutkan dalam hadis al-Qudsi:

Aku akan mengistiharkan perang kepada siapa yang menunjukkan permusuhan kepada hambaKu yang soleh. Dan perkara yang paling Aku sukai adalah hambaKu mendekati kepadaKu dengan melakukan perkara yang aku wajibkan padanya. Dan hamba Aku akan terus mendekatkan diri kepadaKu dengan melakukan perkara-perkara sunat sehinggalah Aku menjadi cinta kepadanya. Apabila Aku mencintai dia, Aku akan menjadi pendengarannya yang dengan pendengaran itu dia mendengar. Dan Aku akan menjadi penglihatannya, yang dengan penglihatan itu dia melihat. Dan Aku akan menjadi tangannya, yang dengan tangan itu dia memegang. Dan Aku akan menjadi kakinya, yang dia berjalan dengannya. Sekiranya dia memohon padaKu, Aku akan memberikan padanya. Sekiranya dia meminta perlindungan padaKu, Aku akan melindunginya. Dan Aku tidak akan ragu-ragu untuk melakukan sesuatu sepertimana Aku ragu-ragu untuk mengambil nyawa orang yang beriman, sedangkan dia tidak sukakan kematian, dan Aku tidak suka untuk mengecewakannya.

[Direkod oleh al-Bukhari: 6502]


p/s : aku serik bercinta...(-_-)/..pehal tajuk entry aku macam lari je..huhuhu


MFM_CReaTeD

Wednesday, September 12, 2012

12 September 2012




Happy birthday to me...
Happy birthday to me...
Happy birthday to madihah farhana
Happy birthday to me...
(hahaha...giler saiko...nyanyi lagu untuk diri sendiri...nampak sgt xde sapa wish aku punya busday)

aku nk adiah ni aci x?



hahaha..bertuah la sape nk bg tu

neway..dh biasa dh....xde sapa pon igt busday aku...xheran pon...abg2 aku pon xigt...inikan org luar...selama ni aku je yg slalu igt busday diowang...diowang ada igt busday aku???hahaha...xkesah


ttp citer pasal busday....

neway aku dlm dilema...2 ari lepas aku dh cal celcom tuk terminate akunye beruk krna beruk aku kurang memuaskan ati...try pkai hotlink...n then...ntah la...mcm nyesal pon ada...mcm xnk pkai pon ada...tp beruk amat penting pd msa2 emegency...mana ada cybercafe bukak smpai kol 4 pg...(pembohong la kalau aku melayari laman sesawang smpai kul 2,3 pg...eceh2)

huhuhu....pk2....

xtau dh...terlajak perahu ley undur...terlajak col...mana bley beb...













MFM_CReaTeD

Monday, September 10, 2012

sopping...

semalam aku giler kebosanan...mengalahkan cipan dan tenuk...last2 aku memesejkan pada engku..ajak date..hahaha...giler ke apa ajak date...

lantas engku telah mensetujui perancangan aku...lalu kami pon kuar bersama2 dlm misi mencari brg untuk hari bahagia engku...tahniah beb...ko kawen dulu dari aku..huhuhu

misi itu berjalan agak lancar walaupun ada dugaan yg dtg menimpa...

selepas mensopingkan kipas (goodies) kami telah sepakat untuk ke tesco setia alam...untuk menghabiskan duit pula disana....

dan disana aku telah kehabisan jutaan ringgit kerana membeli satu barang yg x mungkin aku gunakan...tp wase best je brg tu...xpe2 kita pikir dulu nk guna ke x...sbb brg itu terlalu lah besar dan pasti akan menyusahkan aku bila kotor nanti..huhuhu....tp selepas didiskusi bersama engku...engku ckp xslh beli lg2 weekend ni ada tetamu nk dtg...nti aku ley guna...katanya lah...maka tanpa duduk berfikir aku terus mencapai brg tersebut untuk dimuatkan kedalam bakul (bakul ke?)...engku pon menyambar satu...tp untuk single je lah...

selepas mensopingkan diri di tesco, engku telah mengajak aku ke jusco bukit tinggi memnadangkan misi beliau masih belum accomplish lagi. lalu dengan pantas aku mengajaknya untuk melihat2 wayang gambar...tp telah ditolak oleh beliau...
aku kuciwa...

bg mengubat kekuciwaan aku...aku telah membeli brg di bwh sebagai adiah untuk besday diri sendiri



dan sekarang aku ada misi baru.........

menjadi masterchef.....hahahaha...perasaan terlebey sudah... (^_^)/


MFM_CReaTeD

Wednesday, September 5, 2012

september???




huih..kejap bebenor rasanya...dh masuk bln sembilan...bln depan ckup setaun aku merantau..walaweh.....so fast...omg...tp.........apa yg aku cari masih belum aku jumpa...apa yang aku impikan masih belum termakbul...

MFM_CReaTeD