Thursday, December 20, 2012

lama giler xupdated...xde masa...xde connection tenet...sbb tu xley updated.. hahaha..padahal malas... neway skang aku berada di terengganu....balik terengganu wooo...sbb ada kenduri kt umah aku... pasni aku xmo citer dh pasal sedey2 nanti asik sedey je... orang pon x berminat nk bce...huk3 so pekara yg nk bincang arini ialah pasal bonus... kerajaan dh dpt bonus ari lepas aku??? entahla...dgr2 kabar ada...tp mcm xde...waaaa MFM_CReaTeD

Monday, November 26, 2012

Entry tertangguh....

18 November 2012 Hari ni aku dapat sms dari seseorang, seseorang yang aku tunggu sejak sekian lama...sms itu bisa bt air mata aku mengalir lagi...aku x tipu...aku terlalu rindukan seseorang itu... sms dia berbunyi macam ni "maaf, a**k mintak awak jgn msg atau call a**k lg. s***i a**k xbg berhubung dgn awk lg. harap faham. jg diri. tq" sedey giler rasa...aku tau aku pernah bt salah...aku tau dulu aku terlalu ego..terlalu ikutkan jiwa muda...tp aku dh berubah..aku xmacam dulu dah...aku terlalu rindukan dia...xkan pengakhirannya macam ni...Ya Allah..tabahkanlah hati aku...kenapa Engkau pisahkan aku dengan mereka2 yg aku sayang..huhuhu...aku xmampu lupakan dia..aku xmampu...aku xkuat... satu ketika dulu, dialah tulang belakang aku...tapi kini...duhai hati...sabarlah semalam... aku dpt col+msg dr seseorang yg pernah melukakan ati aku...yg menghina aku...yg menyebabkan aku kehilangan... ntah la.. MFM_CReaTeD

Monday, November 5, 2012

Novel???

akhir2 ni aku addicted sgt dgn novel...xtau kenapa...masa aku byk dihabiskan utk baca novel...smpaikan smlm aku baca 2 bijik novel dlm masa sehari... katakan tidak!!!!! MFM_CReaTeD

Friday, November 2, 2012

TIADA NOKTAHKAH KISAH INI

semalam...got 1 mms from sumone...ati terdetik nk cal..tp biarkan saja..bimbang makin merumitkan keadaan..kerana aku takut aku xmampu menahan diri.. tiada noktahkah kisah ini? orang kata air yang dicincang takkan putus..tapi kalau cincang air batu..berkecai jugak kan? aku xlayak untuk berkata-kata..sebab status aku sbg yang paling muda... aku hanya mampu berkata-kata dalam hati.. aku hanya mampu memerhati... sbb aku xde kekuatan untuk menoktahkan kisah ini... sbb aku x berhak bersuara... tapi kenapa masih tiada noktah dlm kisah ini..sampai bila???xkesian ke kat org yang paling kita syg kat alam sana?memerhati kita dr alam sana...kalau mereka mampu berkata-kata...dah lama mereka berkata-kata.. kita seksa mereka tanpa kita sedar..kita kata kita dh doakan mereka..kita bt amal jariah untuk mereka..tp dengan perbuatan kita ni?mampukah mereka tersenyum, entah2 mereka menerima azab disana kerana perbuatan kita disini...fikirkanlah... apa yang aku mampu lakukan?? aku xde kekuatan... kita dididik dengan penuh kasih sayang... diberi didikan agama... kita belajar tinggi2... kita ada jawatan yang best2... tp kenapa kisah ni masih xmampu dinoktahkan?sampai bila? adakah sebab masing2 ego? salahkah kalau kita mengalah..tanpa mengira pangkat,mengira darjat.. kenapa perlu dikira harta dunia... kenapa kita xkejar akhirat sana... dulu kita selalu bersama2... kita selalu bergembira... tp kenapa selepas orang yang kita sayang pergi... kita berubah??? alasan sangat x logik lak tu masing2 dah besar masing2 ada komitmen.. salah ke kita luangkan sedikit masa untuk mencari nostalgia lama? salah ke kita duduk berbincang... salahkah kita mencari jalan penyelesaian.. jangan dikejar pangkat.. jangan dikejar nama... sedangkan diri kita terpalit lumpur... andai kata "kita" baca nukilan hati ini... inilah luahan hati adikmu... persoalannya..sampai bila.. hati ini xpernah berhenti menangis.. hati ini xpernah berhenti berdoa... saya rindukan kenangan lama...........
MFM_CReaTeD

Sunday, October 28, 2012

Thursday, October 25, 2012

SALAM AIDIL ADHA

esok raya.... Aku? aku kt ofis lg...hahaha...xcuti...xbalik...knpe? entah la...lgpon sabtu ni aku kje... ni kira first time tau aku raya di perantauan...sedey ke?aku pon xpasti apa perasaan aku...tp raya pon xmcm dlu....hanya aku je tau apa maksudnya neway aku baru je pindah ofis... bkn pindah company..tp ofis je... dr depan ke belakang...lg jauh kot..tacing je kan..huhuhu penat or ngangkut brg... ni gambar meja aku skarang
konsep opis baru aku ye lah open minded..hahaha...xde la...konsep dia terbukak...xde patisyen (btul ke eja)...bos2 pon skali duk dlm ni...beramai2...duduk lak bertempek 4 meja...kiranya aku dh xley la bt projek melombong pasni..sbb aku mengadap click aku...mcm x best je...huhuhu...sabor je la...bos2 pon xde bilik....meting pon dlm ni...klakar pon ada...mcm dorm...seb baek xde katil ngan almari je...nti la aku curik2 amik gambar opis aku..hahaha MFM_CReaTeD

Wednesday, October 10, 2012

entah la

kadang-kadang aku xtau nk tulis tajuk apa untuk entry aku...buntu? entah la aku skang macam dh lain...aku perasan pada perubahan diri aku..tp entah la.. nk kata aku kuat, aku xnampak celah mana aku kuat...entah la tp apa yang aku nampak, aku macam semakin lemah... masalah? tipu la kalau aku kata aku xde masalah...semua orang ada masalah..cuma bijak atau tak saja... aku cemburu dengan orang laen.... bahagia disayangi tapi aku? entah la... kadang-kadang aku terfikir...aku nak cari kt mana silapnya...tp entah la...aku xpunya jawapan aku terlalu rindukan kenangan lalu kehidupan lalu tp aku akur setiap apa yg berlaku ada hikmahnya..aku kena pegang perkataan ini..supaya aku x terpesong jauh... duhai hati...tabahlah... duhai mata...janganlah kau mengalirkan titisan mutiara lagi.. duhai akal...bantulah aku untuk terus berdiri.... perlukah aku membuka hati aku? perlukah aku mencari peganti? perlukah aku menagih simpati orang lain? ENTAH LA... MFM_CReaTeD

Friday, October 5, 2012

updated!!!

assalamualaikum... hahaha...lama gak la aku xupdated...bkn busy...tp malas... lgpon kt umah aku mana ada beruk dh...ni pon curik2 kat opis... wase mcm nk pasang streamyx kt umah...tp berbaloi ke?? tu yg aku duk pk 2, 3 menjak ni...walaupun kewangan aku makin stabil...tp simpanan aku xstabil mana lagi...huhuhu tu yg jenuh mikir... sama ada pasang streamyx? atau beli smartphone? ley online pakai nset je... tp kan, kalau pakai smart phone, aku xley la nk download,upload dengan jayanya... kalau pakai streamyx lak...masa aku byk abes kt opis...mlm2 pon tdo awl melainkan ujung minggu... macam x berbaloi je.. atau perlukah aku mencuba beruk2 lain?? buntu rasanya...huhuhu
MFM_CReaTeD

Friday, September 21, 2012

gambar aku????

hahaha...aku x pernah publish gambar aku sendiri...aku pon xtau kenapa...tp bg aku xyah la publish2...btpe....aku bkn femes pon..+ sape je yg baca blog ni...blog ni hanyalah luahan peribadi aku je...hehehe neway...kejap je kan...dah nk masuk bulan spoloh kejap je masa berlalu....salah satu tanda akhir zaman.... ntah esok lusa aku dpt lihat lg x alam sekeliling ni... jap2...lari topik je ni... hahaha....kdg2 nk publish entry aku dh xtau nk letak tajuk apa...tu yg slalu out of topic... jgn marah ya..hihihi
MFM_CReaTeD

Wednesday, September 19, 2012

epi giler....

Apa yg aku tunggu selama ni akhirnya menjelma juga...xsia2 aku menunggu dengan tabahnya...
apa dia yg aku tunggu tu???? mana ley habaq..tu rahsia..hahaha

sangat bermakna bt aku...
bermakna bt masa depan aku...
sigh...(^_^)/

jgn lupa....

syukur ALHAMDULILLAH...

tp aku sesangat la happy...ngee





MFM_CReaTeD

Friday, September 14, 2012

GADUH???

Pergh...aku gaduh dgn kawan seopis...huhuhu....sedey r....aku niat baek...huhuhu


MFM_CReaTeD

Thursday, September 13, 2012

GOSH!!!!



Stres? sakit ati?

hahaha...xtau la nk ckp apa...

aku pon xtau nk describe macam mana...

actually pasal keja...kadang2 best...kadang2 dtg time ntah pape nye tu...smlm lak ada kes...babitkan bos lak tu...aku dh seriau nk g deparment printing...cinfident level aku dh jatuh....mest kena maki la pasni...(~_~)

sebut sal keja...kejap je wase...pejam celik, pejam celik dah 9 bulan aku kije...cam xcaya pon ada....tp itu lah hakikat...tp satu je aku xpuas ati...aku masih lg dlm tempoh.......phm sendiri r...mls nk citer dh...tp sbb aku perlukan pengalaman...aku kena bertahan...chaiyok2!

TAZKIRAH ARI INI...(dipetik dari mana ntah..lupa dh)

CINTA

apa tu cinta eh...sekarang susah dh nk cari cinta sebenar....
susah dh nk cari cinta sejati....
susah nk cari cinta hakiki....

Cinta pada manusia akan mati
Cinta pada tumbuhan akan layu
Cinta pada ILAHI adalah cinta yang hakiki....



Mencintai Allah Taala merupakan cinta yang teragung. Ianya cinta yang tak dapat disamakan dengan cinta-cinta yang lain. Manusia yang bercinta mungkin bertepuk sebelah tangan, namun barangsiapa yang mencintai Allah, maka cintanya akan dibalas.

Anas berkata:

Maka aku amat mencintai Allah, rasulNya, Abu Bakar, dan Umar. Aku ingin seandainya aku dapat bersama mereka (di Akhirat) walaupun aku tidak beramal sepertimana amalan-amalan mereka.

[Direkod oleh Muslim: 6881]

Siapakah orang yang paling mencintai Allah?

Pastilah yang paling mencintai Allah dengan sebenar-benarnya adalah orang yang beriman, sepertimana yang disebutkan Allah Taalah:

Dan orang yang beriman itu amat dahsyat cinta mereka kepada Allah

[Al-Baqarah: 165]

Dalam sebuah hadis, Nabi ï·º pernah menyatakan bahawa lelaki mabuk yang lalu dihadapannya dan telah disebat atas kelakuannya itu, juga mencintai Allah dan RasulNya:
Janganlah kamu melaknat dia. Demi Allah! aku tidak mengetahui tentang dia melainkan dia ini mencintai Allah dan RasulNya.

[Direkod oleh al-Bukhari: 6780]

Ini membuktikan bahawa, maksiat tidaklah menafikan asal usul kecintaan. Namun ia menafikan kesempurnaan cinta.

Darjat Cinta Kepada Allah

Cinta kepada Allah mempunyai darjatnya tersendiri: (1) Sentiasa melakukan apa yang diwajibkan Allah, (2) Darjat orang mendekati Allah Taala.

Darjat Pertama: Melakukan perkara yang diwajibkan Allah meliputi cinta kepada apa yang diwajibkan Allah, membenci apa yang diharamkanNya, meredhai apa yang dibawa dari Allah dan meresa redha dan berserah diri dengan apa yang diberikan.

Allah Taala berfirman:


Maka demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan sebagai beriman sehinggalah mereka menjadikan engkau sebagai hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul diantara mereka. Kemudian mereka pula tidak merasa d hati mereka suatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan. Dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuh hati.

[an-Nisa`: 65]

Nabi ï·º juga berkata:

Siapa yang memberi kerana Allah, dan melarang kerana Allah, dan bercinta kerana Allah, dan membenci kerana Allah. dan bernikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya.

[Direkod oleh at-Turmizi: 2521][1]

Dengan itu, kita mengetahui bahawa kelalaian dalam perkara wajib, dan perbuatan dosa-dosa yang diharamkan Allah- mengurangkan keimanan, maka ia perlu dimuhasabah semula.

Rasulullah ï·º berkata:

Tidak akan berzina seorang penzina , jika ketika dia berzina dia mengetahui bahawa dia orang beriman. Dan tidak akan meminum arak (pemabuk) jika ketika dia minum itu dia menyedari bahawa dia seorang yang beriman. Dan tidak akan mencuri (seorang pencuri) jika ketika dia mencuri, dia menyedari bahawa dia adalah seorang yang beriman.

[Direkod oleh al-Bukhari: 2475]
Darjat Kedua: Setelah berjaya melakukan amalan yang diperintahkan Allah, dan menghindari laranganNya, maka pada peringkat kedua amalan tersebut ditambah dengan amalan-amalan sunat serta menghindari amalan yang makruh.

Allah Taala telah menyebutkan dalam hadis al-Qudsi:

Aku akan mengistiharkan perang kepada siapa yang menunjukkan permusuhan kepada hambaKu yang soleh. Dan perkara yang paling Aku sukai adalah hambaKu mendekati kepadaKu dengan melakukan perkara yang aku wajibkan padanya. Dan hamba Aku akan terus mendekatkan diri kepadaKu dengan melakukan perkara-perkara sunat sehinggalah Aku menjadi cinta kepadanya. Apabila Aku mencintai dia, Aku akan menjadi pendengarannya yang dengan pendengaran itu dia mendengar. Dan Aku akan menjadi penglihatannya, yang dengan penglihatan itu dia melihat. Dan Aku akan menjadi tangannya, yang dengan tangan itu dia memegang. Dan Aku akan menjadi kakinya, yang dia berjalan dengannya. Sekiranya dia memohon padaKu, Aku akan memberikan padanya. Sekiranya dia meminta perlindungan padaKu, Aku akan melindunginya. Dan Aku tidak akan ragu-ragu untuk melakukan sesuatu sepertimana Aku ragu-ragu untuk mengambil nyawa orang yang beriman, sedangkan dia tidak sukakan kematian, dan Aku tidak suka untuk mengecewakannya.

[Direkod oleh al-Bukhari: 6502]


p/s : aku serik bercinta...(-_-)/..pehal tajuk entry aku macam lari je..huhuhu


MFM_CReaTeD

Wednesday, September 12, 2012

12 September 2012




Happy birthday to me...
Happy birthday to me...
Happy birthday to madihah farhana
Happy birthday to me...
(hahaha...giler saiko...nyanyi lagu untuk diri sendiri...nampak sgt xde sapa wish aku punya busday)

aku nk adiah ni aci x?



hahaha..bertuah la sape nk bg tu

neway..dh biasa dh....xde sapa pon igt busday aku...xheran pon...abg2 aku pon xigt...inikan org luar...selama ni aku je yg slalu igt busday diowang...diowang ada igt busday aku???hahaha...xkesah


ttp citer pasal busday....

neway aku dlm dilema...2 ari lepas aku dh cal celcom tuk terminate akunye beruk krna beruk aku kurang memuaskan ati...try pkai hotlink...n then...ntah la...mcm nyesal pon ada...mcm xnk pkai pon ada...tp beruk amat penting pd msa2 emegency...mana ada cybercafe bukak smpai kol 4 pg...(pembohong la kalau aku melayari laman sesawang smpai kul 2,3 pg...eceh2)

huhuhu....pk2....

xtau dh...terlajak perahu ley undur...terlajak col...mana bley beb...













MFM_CReaTeD

Monday, September 10, 2012

sopping...

semalam aku giler kebosanan...mengalahkan cipan dan tenuk...last2 aku memesejkan pada engku..ajak date..hahaha...giler ke apa ajak date...

lantas engku telah mensetujui perancangan aku...lalu kami pon kuar bersama2 dlm misi mencari brg untuk hari bahagia engku...tahniah beb...ko kawen dulu dari aku..huhuhu

misi itu berjalan agak lancar walaupun ada dugaan yg dtg menimpa...

selepas mensopingkan kipas (goodies) kami telah sepakat untuk ke tesco setia alam...untuk menghabiskan duit pula disana....

dan disana aku telah kehabisan jutaan ringgit kerana membeli satu barang yg x mungkin aku gunakan...tp wase best je brg tu...xpe2 kita pikir dulu nk guna ke x...sbb brg itu terlalu lah besar dan pasti akan menyusahkan aku bila kotor nanti..huhuhu....tp selepas didiskusi bersama engku...engku ckp xslh beli lg2 weekend ni ada tetamu nk dtg...nti aku ley guna...katanya lah...maka tanpa duduk berfikir aku terus mencapai brg tersebut untuk dimuatkan kedalam bakul (bakul ke?)...engku pon menyambar satu...tp untuk single je lah...

selepas mensopingkan diri di tesco, engku telah mengajak aku ke jusco bukit tinggi memnadangkan misi beliau masih belum accomplish lagi. lalu dengan pantas aku mengajaknya untuk melihat2 wayang gambar...tp telah ditolak oleh beliau...
aku kuciwa...

bg mengubat kekuciwaan aku...aku telah membeli brg di bwh sebagai adiah untuk besday diri sendiri



dan sekarang aku ada misi baru.........

menjadi masterchef.....hahahaha...perasaan terlebey sudah... (^_^)/


MFM_CReaTeD

Wednesday, September 5, 2012

september???




huih..kejap bebenor rasanya...dh masuk bln sembilan...bln depan ckup setaun aku merantau..walaweh.....so fast...omg...tp.........apa yg aku cari masih belum aku jumpa...apa yang aku impikan masih belum termakbul...

MFM_CReaTeD

Thursday, August 30, 2012

BE STRONG




Jodoh itu rahsia ALLAH S.W.T....
SEKUAT mana kita SETIA,
SEHEBAT mana kita MERANCANG,
SELAMA mana kita MENUNGGU,
SEKERAS mana kita BERSABAR,
SEJUJUR mana kita MENERIMA,
SEIKHLAS mana HATI kita,
Jika ALLAH S.W.T tak menulis jodoh kita bersama dia, kita tetap tidak akan bersama dengannya....

YA ALLAH

andai kata dia bukan milik ku...
hapuskanlah bayangan dia dari hidupku...
andai kata dia memang ditakdirkan untukku
ENGKAU tetapkanlah hati kami...
agar kami tidak terpesong jauh dari jalan MU..
andai kata diriku milik insan lain..
ENGKAU kurniakanlah insan yang mampu membimbing aku ke jalan yang diredhaiMU...
dan ENGKAU bahagiakanlah dia..seperti insan2 yang mendambakan kasih sayangMU YA ALLAH..




nukilan hati..MFM_CReaTeD

Thursday, August 23, 2012

kecewa lagi...

lepas satu-satu...

ntah la...huhuhu

"saya tak nak bagi awak harapan, sebab saya takut harapan itu akan mengecewakan.. saya xnak terikat, sebab saya takut ikatan itu menglalaikan.. kalau sudah ditakdirkan awak menjadi suri hidup saya, adalah jodoh antara kita.. berdoalah semoga jodoh kita ada..."

Ya Allah..andai kata dia milik ku, Engkau satukan hati kami..andai kata dia bukan jodohku..ENgkau hilangkanlah bayangan dia dari hidupku...


Aku kecewa..

Aku serik...

Aku x ingin bercinta lagi...

Biarlah masa menentukan

Hatiku dah tertutup...

Ya Allah..Terima kasih kerana menyedarkan aku dari lena yang panjang...

* kwn2 dh ramai yg kawen..tp aku??? (?_?)
MFM_CReaTeD

Monday, August 20, 2012

Sampai bila

Smpai bila...(?_?)

Ya Allah...aku xmampu buat apa2...hati aku menangis...bilakah semua ni akan berakhir?sampai bila aku harus berdiam diri...aku xmampu...aku xpernah tunjuk atau luahkan apa yg aku rasa...memerhati...aku xmampu Ya Allah...jgnlah Engkau azabkan mereka kerana perlakuan kami disini...aku sygkan mereka...lembutkanlah ati2 mereka yg aku syg...;(

MFM_CReaTeD

Friday, August 10, 2012

21 rAMADHAN

Pejam celik, pejam celik dah 21 ramadhan arini...kejap je wase...mcm xcaya je dh nk abes pose...tp amalan aku? ibadat aku?dh banyak ke????

arini dh masuk 2 ari aku x sehat...nk kata demam mcm xdemam...tp tekak aku perit semacam je..nk telan air liur pon smpai berkerut muka....seb baek aku off...xde la seksa sg wasenya...

huhuhu

byk benda yg aku nk updated...mungkin weekend ni kot...sbb skang ni aku curi2 online kt opis...

hahaha

k la...nti sok aku updated k!!!!


MFM_CReaTeD

Friday, August 3, 2012

bubur lambuk



aku teringin nk makan bubur lambuk....huhuhuhu...mana nk cari resepi ni...


MFM_CReaTeD

Friday, July 27, 2012

I MISZ HER...




I MISZ HER SO MUCH.............

(?_?)


MFM_CReaTeD

7 ramadhan

Kejap je...arini dh ari ketujuh ramadhan..pejam celik, pejam celik...masa berlalu begitu pantas..

sebut 7 ramadhan...aku skang ngah layan cter 7 ramdhan...best sgt...lakonan ellie suriati...huhuhu...citer ni bisa bt aku nangis





MFM_CReaTeD

Thursday, July 26, 2012

haish...

Kerja makin lama makin kurang...maxis makin x masyuk je..nanti mest komisen ciput...huhuhuu..smlm xmsk..beli tomyam je..sbb telur bistik smlm punya ada lg..tu je lauk berbuka aku smlm...beli kueh skit kt bazar...

smlm gak aku cal la along...just sembang2 biasa je...huhuhu

gaut ngan raidhi jap...

sonok dgr dia bercerita...ni bt aku makin rindu kat raidhi...huhuhu

xsbr nk balik

arini nk berbuka dgn apa ye..huhuhu

MFM_CReaTeD

Tuesday, July 24, 2012

giler ngntuk




Seyes..akhir2 ni aku cpt penat..ngantuk kt opis...gler2 ngantuk r...wat trawih kt umah je..huhuhu...tdo pon awl...bgun kul 7..hahaha...asal eh...sbb aku terlalu tabah ulang alik keja ke???

huhuhuhu...penat r ulang alik keja...huhuhu...

smlm msk sup sayur and ayam goreng
ari ni nk masak telur bistik..nyum3

MFM_CReaTeD

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan

hari ni first ramadhan dh..kejap je rasa...pejam celik, pejam celik dah masuk ramadhan...ni first time kot aku berpuasa jauh di perantuan...dulu laen..tu zaman study...ni dh kije...hahaha...

actually ni sepatutnya posting smlm, tp xsmpat nk posting..huhuhu...bz skit smlm...smlm gak aku kije...aku bt stock check utk brg2 yg aku jaga...balik lwt gak..dlm kul 1.30...

alhamdulillah..dah abes sehari puasa, puasa di perantauan mengajar aku erti berdikari...hahahaha...smlm aku masak ayam masak pedas dan beehun rebus dgn syur kangkung dan nasik putih...kuih?xde hanya ada biskut coklat chips..

aku pandai masak ke?hahaha...bley la sikit2...akhir2 ni aku slalu msk kari ayam utk mkn dgn roti paratha segera, tom yam, sup, gulai cili padi...alhamdulillah...aku dh reti msk benda tu sume...belajar sendiri...kadang2 tu aku reka masakan aku..tp xde lah sesedap mana pon...ckup lah untuk mengeyangkan perut...igt ari ni nk bt serawa makan dgn roti jala...nyum3

apa lg eh nk di ceritakan?

ramai yg tnye aku...nape duk KLANG and keja dekat PETALING JAYA, xjauh ke? xpenat ke?
nk seribu daya xnk seribu dalih

aku akui, aku menempuh hampir 70km sehari (pergi balik keja), minyak kena isi hari2 (camne nanti kalau dh pakai keta)...penat??mmg penat, tp aku kena lah tabah..ni jalan yang aku pilih...bkn xnk pindah, pernah gak terdetik di ati nk pindah untuk duduk lebih dekat dgn tmpt kerja, tp memandangkan aku duduk dengan k.maini...nti kesian lak dia...lgpon dh byk pelaburan aku bt untuk duduk sini...sbb tu biasa mlm aku tdo awl...perjalanan ke tempat keja amik masa setengah jam...naek mtor lak tu..pnt dowh..
hakikat nya ni jalan yang aku pilih..so jgn la mengeluh...

aku bkn suka2 nk kuar dr tgnu, tp aku nk buktikan aku mampu berdikari...aku xnk bergantung dengan org laen...sebelum aku dapat kerja aku sekarang, dh mcm2 kerja aku buat..pekakkan telinga je...sbb kerja sebelum2 ni org kata xsesuai dgn kelayakan aku ada..tp aku xkesah..janji rezeki dan hasil yg aku dpt tu halal...usaha penat lelah aku sndiri

aku xpernah membangkang sesapa...tp aku nk sgt diberi peluang..

hampir 7 bulan aku kerja di tempat sekarang...walaupun gajinya x se gah gaji org lain tp ckup lah untuk aku...rezeki aku disini..kerja pon ok2 je...dan alhamdulillah, opismate aku dh ok skit dgn aku...kalau dlu ya aku sorang2...sekarang x lg...tp aku masih baru lagi disini...

kerja skang ok je la...hahahah


skarang cuaca di sini x menentu..kejap ujan, kejap panas...and badan aku pon x menentu gak...kejap2 demam...sbb cuaca kot...lgpon ari2 aku balik dalam ujan...alah tegal biasa...

anyway...nti r cter g...nk g masak lak...heheheh





MFM_CReaTeD

Tuesday, July 17, 2012

Kuih Raya...kek raya...duit raya....baju raya...

pose pon belum...tp otak aku dh pk sal benda2 ni...ala korang pon sama kn...ntah2 dh tempah segala bagai

MFM_CReaTeD

Sunday, July 15, 2012

Fesbuk??




Fesbuk? apa tu..hahaha...tipu r kalau korang xtau apa tu fesbuk...aku dah berkecimpung dlm dunia fesbuk dr zaman aku blajar dlu g...smpai skang aku rasa dh sampai satu tahap bosan dh fesbuk...kalau dlu, 24 jam asik berfesbuk je..sekarang nk bukak fesbuk pon mls...haish...

sekarang aku tengok lam fesbuk tu cam ntah pape je...

kuiz ntah pape...

aku nk bukak pon sogan

xkan status sy tgh drive pon nk letak lam fesbuk...

bkn ada ke kemalangan yg berpunca dr fesbuk??

kalau xsilap aku ada aritu masuk news pasal nk updated status...excident..tp bkn kt mesia la...huhuhuhu

aku pon xphm...camne korang ley mengadap je muka buku tu 24 jam??? bkn nk kutuk ke apa...aku pon de fesbuk tp...haish...sampai keja ke mana...xtau la.

jgn terasa lak dgn statement aku ni..ngeee

MFM_CReaTeD

Thursday, July 12, 2012

poning

haih...
dua tiga ari ni aku asik pindah randah je...sekejap kena g warehouse tgk maxis...sekejap kena p DOS tgk iphone...pahtu balik lak warehouse bila maxis ada problem...p lak iphone...duk ulang alik camtu je keja aku....dh lah jarak warehouse n iphone sekangkang 'gajah'....jenuh gak aku...igt nk bwk mtor je...tp pkirkan aku xde permit sah nk park motor kt belah sana, nk xnk terpaksa la menapak...huhuhuu

hari ni plak, tetiba je bos ckp aku kne duk sana minggu depan..huhuhu...dah la xtau apa pasal iphone tu...bru blajar sikit2...formula, sistem, data2 pasal maxis bru je nk lekat kt kepala...tiba2 masuk lak pasal digi...




haish...celcom xnk masuk ke???


MFM_CReaTeD

Wednesday, July 11, 2012

cinta terakhir...

bila ntah nk sambung citer ni..hahaha

MFM_CReaTeD

Tuesday, July 10, 2012

CUACA??

Sekarang ni kan, cuaca selalu xmenentu...kalau panas, panas terik macam musim kemarau...kalau ujan...lebat nya...siap guruh berdentam dentum....silap aribulan ley banjir mana-mana kawasan rendah tu...

sebut ujan...

semalam aku balik dalam ujan...cuaca mcm memahami je ati aku ketika itu...

p/s: setiap kejadian alam adalah kehendakNYA...pasti ada hikmah disebaliknya...





MFM_CReaTeD

Monday, July 9, 2012

JULAI

Salam...harini 9 Julai...genap 3 tahun arwah abah pergi...semalam 8 Julai...genap 13 tahun arwah ma pergi...rasa macam baru semalam menatap wajah mereka...rindu sangat kat arwah berdua...menyesal pon ada...semasa hayat mereka, aku jarang bersembang dengan mereka...aku lebih suka menyendiri...buat hal sendiri...aku jarang membantu mereka...kadang-kadang aku membantah cakap mereka...betul la orang tua-tua kata, ibu bapa mestilah nak yang terbaik untuk anak2 mereka...

tipu kalau aku cakap aku xsedih...

tipu kalau aku cakap aku kuat...

Arwah abah...
walaupun kami x rapat, aku tau naluri seorang bapa...tp malangnya kenapa baru sekarang aku tau...kenapa baru sekarang aku sedar....aku bukan anak yang membanggakan kedua ibu-bapanya...

xredha kah aku dengan pemergian mereka???

sejak pemergian mereka....

semua dh berubah...

semua jadi asing...

kalau boleh aku nk putar balik alam semesta....

putar balik pusingan jam...

tp masa yang berlalu xkan kembali...

masa tu sangat berharga.....


aku cemburu...
cemburu dengan rakan-rakan sekeliling...
yg masih mempunyai ibu bapa
yg mempunyai adik beradik yang saling memahami..menyayangi...dan menghormati...

kenapa semua ni berlaku..
aku xkuat...
siapa x sedih...
ada saudara sedarah sedaging...
tp mcm bukan saudara...
sedangkan pertalian tu amat erat...
kalau diputuskan...darah yang mengalir tu tetap sama...
kenapa jadi macam ni...
aku xlayak bersuara...
aku hanyalah pemerhati...

dan aku sentiasa berdoa...

satu hari nanti...

kami akan jadi seperti dahulu....

penantian aku satu penyeksaan...

dan aku berharap....

aku sempat menyatukan semuanya...

sebelum aku menutup mata...

YA ALLAH...aku insan yang lemah...aku insan yang kerdil...ENGKAU bagilah aku kekuatan...ENGKAU bagilah aku ketabahan....untuk hadapi hari yang mendatang...
Engkau satukanlah keluarga kami...seperti dahulu...ENGKAU tempatkanlah kedua ibu-bapaku di kalangan orang-orang yang ENGKAU kasihi





MFM_CReaTeD

Sunday, July 8, 2012

Julai datang lagi...

hari ni aku menangis lagi...bukan aku x redha...tp aku rindu..serius aku rindu ibu bapa aku...org kata xbaek menangis..nti mereka akan sedih, terseksa kat sana...aku xnk menangis...air mata aku jatuh sendiri...



MFM_CReaTeD

Friday, July 6, 2012

buhsan

akhir-akhir ni rasa buhsan sgt...hahaha...arini bwk bekal mee goreng n kopok...msk sndiri tu...
nti r citer lain...tp sbnrnya xpuas ati ngan mamat tu..haish..apa salah aku kt dia ntah


MFM_CReaTeD

Thursday, July 5, 2012

impian aku masih blom tercapai....

poyo je tajuk n3 aku kali ni....ntah pape je kan....haahhahahhhhaha....(cre gelak baru)
ari ni nisfu syaaban...kejap je rasa mse berlalu..tup3 dh hmpir 6 bln aku kije sini...tp impian aku msih jauh lg....

tp ada gak yg dh tercapai...mcm lesen...tp lesen je la...huhuhuhu

perjalanan aku masih jauh....




novel aku dlm proses...arap dpt la siap ujung thn ni....


MFM_CReaTeD

Wednesday, July 4, 2012

bosan

dah 2 ari aku bekerja balik...ntah la...aku pon xtau apa perasaan aku skang...tp officialnya aku kt opis mmg seorang pendiam...tp kan..dlm ramai2 staf kt opis ni aku perasan...yg sorang tu xpenah nk bercakap ngan aku...w'pun aku ada gak tolong dia sikit2..aku bwk something dr tgnu pon dia xamik,xmkn...yg lelain bley je...aku mmg x nafi r..aku bkn rapat pon ngan semua...tp mmg aku perasan sgt2 dgn mamat ni...yg lelain penah gak tegur2 aku..tp dia..jgn arap r...bkn aku nk ngorat dia pon..haish...

ari ni lak aku xdpt mkn g..huhuhu....bekal aku lam loker...kunci loker lak dkt kunci motor....nazmi pjm mtor aku...sob3..lapar ni...

MFM_CReaTeD

Thursday, June 28, 2012

nyanyuk



malam ni la aku balik...bkn malam semalam...haish...nyanyuk tul la..atau terlebey eksited..hahaha



dh terbayang umah aku...ngee...

MFM_CReaTeD

Wednesday, June 27, 2012

jom balik

Yea...mlm ni aku balik kg...ngeee...


MFM_CReaTeD

Tuesday, June 26, 2012

kembali ke pangkal jalan

Giler ah...lama tu x updated...bkn pe, ntah la xde alasan kenapa x updated...actuallykan byk je citer yang nk distory telling kan...byk je event yg nk dipegungkan...but xde masa r...nampak sangat pembohong..hahahaha...aku byk je masa, tp ntah la....byk ngat r perasaan laen yg bermain dalam ati ini.... Diam xberertinya setuju...membantah xbeertinya membangkang...menyepi xbeerti membawa diri...tp mencari kekuatan diri yg semakin hari semakin menipis...menguatkan kudrat yang semakin kendur..kadang2 terpikir...bilakah semua ini akan berakhir...memerhati dan mendengar menyebabkan hati semakin terluka...sampaikan perasaan dah hilang..sampaikan dah lupa kisah lama..topeng palsu terpaksa dipakai...untuk melupakan hakikat yang terang lagi bersuluh...andai kata masa bley diundur balik....andai kata alam boleh diputarkan kembali...Ya Allah...aku hanya hambaMU yang lemah...yg mencari keredhaanMU...Engkau tunjukkan lah jalan agar aku tidak tersungkur dalam mencari SYURGAMU InsyaAllah...aku akan mula menulis kembali MFM_CReaTeD

Tuesday, April 17, 2012

nape blog aku x best??

hahahahahah...blog aku mmg xbest+kekangan mASA + berukband aku lembap...


MFM_CReaTeD

Friday, April 6, 2012

steressss....sje je eja slh

aku sesangat stress...pk kn mslh yg xpatut aku hadapi...npe aku terjebak?? smpai skang mslh tu xsetel...dh la lesen aku pon de mslh...mcm kne tipu je...huhuhu


MFM_CReaTeD

Thursday, March 8, 2012

ID dh siap...



yes...akhirnya...id aku dh siap..
bangga2



MFM_CReaTeD

Saturday, March 3, 2012

Teringin....

bila sebut teringin, mesti org akan ckp pasal makanan, tak pun pasal minuman..ala2 ngidam gitu...pergh kslah ibu2 yg mengandung atau yg dikandungi...kalau part2 mcm tu mesti org akn kata anak dlm perut tu mengidam..sebab tu maknya teringin...
.
.
..

...

....

dan sekarang aku yg teringin...tp aku bknlah dr golongan2 yg disebut diatas...dn bnda yg aku teringin tu bkn spesis makanan atau minuman...kalau bnda tu jd santapan aku...konpem aku ley mati....




keinginan pertama










second ngidam













yg paling aku teringin..huhuhu...xde ke sesapa nk adiahkan... ?_?



MFM_CReaTeD

Friday, March 2, 2012

LESEN???

Minah rempit xde lesen kereta...ko biar betul...!!!!

tu la first impression kawan aku terhadap aku bila aku menyuarakan hasrat yg terpendam...mcm sengal je bunyik...seyes...aku fobia+trauma dgn kereta...xbrani r nk amik lesen...snggup hold sampai sekarang...ada kejadian disebalik kefobiaan ini...

since aim aku nk pakai keta hujung tahun ni...maka dgn itu, dgn berat,susah payah aku telah mengurangkan kefobiaan aku tu dgn mendaftarkan diriku ini kt tmpat ambik lesen

ahad ni setart kelas...mcm x caya je...T_T





MFM_CReaTeD

Monday, February 27, 2012

DAMN!!!!






Ketensenan melanda jiwa...maxis bt hal...huhuhu...tensen2...dr khamis aritu lg...mengganggu kententeraman...camna nk process semua...eh, jap2..pembetulan...bkn nset maxis aku...tp ni mengenai kerja...aku nk cter macam mana eh...kerja aku sangkut paut dgn maxis punya company...senang citer mcm ni...aku mmg keja dgn company laen...tp maxis tu berurusan ngan company aku...and secara officialnya kat sini maxis aku jg..hahaha...statement xley blah...baru je sat td owner company aku melawat opis...selamba badak je aku jwb psl system problem...ntah pape je...dh aku xtau dia sape...bila abg mohd (senior officer kt sini) gtau sape jejaka x ensem td...terus aku tergamam...hahaha...parah2...mau kne buang aku..

uit MAXIS...bila mau setel problem korang...dh 3 ari hold ni...nti ko gak yg rugi...eceh...









tbe2 rasa nk mkn doyan la...huhuhu...





MFM_CReaTeD

Saturday, February 25, 2012

Better life or what???

tbe2 aku wase sedey sgt smlm....ntah la...sunyi je...wase sgt aku mcm xde sape2 dgn aku...hahaha...arini lak tiba2 aku mkn nasik berlaukkan peparu goreng sambal dgn daging msk kunyit...yeah...i misz him....

windukan kenangan silam...

tp dia pnh ckp..

skang masing2 dh dewasa...

masing2 ada komitmen laen



seriusly

aku rindukan keriangan yg dulu..

nset aku senyap je...
xde panggilan
xde msg..

bila aku cal sumone kt tgnu
ada je halangan
xpernah ke nk tau khabar aku disini??


(?_?)


MFM_CReaTeD

Wednesday, February 15, 2012

penat...


fesbuk aku berabuk...blog aku lg la super duper berabuk...nset aku pon aku dh xlyn....campak tepi je...mud aku pon xde....pnt keja...pnt perah otak...ari2 ngadap database...ala2 technician je keja aku....pnt bwk motor...ari2 45 minit...pergi...tu x kira balik lg...kdg2 heran...cmne pergi 45 minit...balik jd 30 minit...mungkin mood nk smpai umah cpt mempengaruhi kelajuan...hahahaha


windukan seseorang....ntah la....

rayaxdpt cuti...tu yg aku ngah pk skang ni....

lambatnya konpem...xsbr nk gj naek...

bertahan2...

bertahan la dulu kt situ setahun dua..cari pengalaman....xkn resume sebulan2 je experience...

huhuhuhuhu



windukan family...windukan angah...k.tie...luqman, hajar, amirah...windukan along dan family...windukan adik2...windukan adin...windukan ma...windukan semuanya...windukan suasana dulu...kemeriahan kami sekeluarga...tp hakikatnya semua tu xkn berlaku lg...pe khabar eh diowang...bkn sengaja nk menyepi...tp ada sebab tersendiri...biarlah ati ini terubat sendiri...

adik doakan kalian semua sehat walafiat...

ari2 redah ujan...dmm...




MFM_CReaTeD

Monday, February 13, 2012

belanjawan 2012...

Sewa rumah...
asb...
ptptn...
minyak motor...
broadband....
makan...
topup...


(?_?)

nk beli keta...smpt x eh


MFM_CReaTeD

Wednesday, February 1, 2012

sgt kuciwa

secara konklusinya...sy sgt2 kuciwa...siap menangis giler bagai mlm tu..mengharapkan sesuatu...tp ntah la...kdg2 pk..nape jd mcm ni...kenapa...sape aku pd dia...xpe la..pas ni pape pon jd kt aku, biar je la aku dgn dunia aku sendiri...sy xkesah org xnk amik kesah pasal sy...xkesah tu sume..sbb dr dulu lg sy tau...diowang x kesah apa yg berlaku...pape jela...tp kalau jd pape kt sy??erm...seb bek smlm sesi luahan perasaan...luahan duka berjalan lancar...mekasih bro...sbb blanja den air laici...patutnya sy yg blanja dia...hahaha...

stalker??

nape la muncul tiba2 dlm idup aku...

nk tukar no fon wase

tp syg lak..

huhuhu

YA ALLAH...tabahkanlah ati ku...

byk tul la dugaan tahun baru ni...

dgn kwn2 lg...

tetapkanlah iman ku...

supaya aku berada di landasanMU ya ALLAH...

smlm gak g tmpt keja lama...terkejut wase...dia kne trun pangkat sbb sy...tu la awk..xnk jg sy masa sy bwh awk...kan awak dh kena...kesian pon ada...tp nk wat camne...dh berlaku....

ntah la...wase nk g lg jauh je...g tmpt xde spe2 knl...tmpt yg xde spe2 tau sal sy...kt mana tu eh...kecewa...slalu kecewa...rasa mcm dh xpenting...mcm dh x wujud...betul ke kasih sayang tu masih ada??tp kenapa sy x rasa...


MFM_CReaTeD

Thursday, January 12, 2012

2012

hari ni hari keempat aku bekerja...ntah la...byk benda nk diceritakan...tp belom smpai masanyanya lg...seriusly..aku rindukan nur diyana abd ghafar...(?_?)



MFM_CReaTeD