Saturday, September 3, 2011

cinta terakhir part 1

Chapter 1

Sedari tadi, Fasha masih berteleku di meja tulis. Matanya memandang kosong borang jawapan kemasukannya ke universiti. Tiada tindakan di ambil olehnya. Jiwanya kosong. Fikirannya semakin bercelaru, berserabut. Tangannya pantas mencapai helaian borang tersebut, matanya merenung lemah bait-bait yang tertulis pada helaian borang itu. Dia mengeluh lemah. Resah dan gelisah. Antara kehendak diri sendiri atau kehendak keluarga. Yang mana harus diutamakan. Empangan jernih yang ditahannya sedari tadi akhirnya jatuh jua membasahi pipinya bak mutiara yang terputus dari karangan. Menangiskah dia? Kenapa? Kenapa seorang yang keras hati sepertinya boleh mengalirkan air mata. Seorang tomboy sepertinya boleh terluka…

“Along, Angah…pulanglah..adik sunyi..kalaulah arwah mummy masih ada” desis hati kecilnya

Dia membenamkan wajahnya pada Gizmo. Anak patung beruang kesayangannya, pemberian Hazrul sebelum Hazrul menghilangkan diri tanpa khabar berita sehingga sekarang. Meninggalkan dia keseorangan di sini. Selepas pemergian Hazrul tiga tahun lalu, Hazril abang keduanya juga menghilangkan diri, mengikut jejak Hazrul. Di cubanya untuk tidak terus menangis, tapi air mata perempuannya tetap mengalir, mengalir membasahi Gizmo. Dicium-ciumnya Gizmo tersebut. Dia tahu, rindunya pada Hazrul dan Hazril tidak akan terubat.

“Daddy tak kira, daddy akan hantar kamu belajar di Ausie. Further study kamu dalam bidang accounting. Tengok apa yang kamu dah buat. Setahun di matrikulasi kamu sia-siakan. Kamu minta jurusan bukan-bukan. Apa nak jadi kamu ni!” bentak En. Harriz kuat. Dirinya rasa tercabar, kerana keengganan anak bongsunya menurut kata. Sedangkan selama ini, fasha tidak pernah membangkang walau satu pun arahan mahupun permintaannya. Tapi kali ini..

“Saya nak jadi doktor daddy, kenapa daddy mesti halang cita-cita saya,” Fasha bersuara dalam sendu.

“Kalau kamu nak jadi doktor, siapa yang akan warisi perniagaan kita? Nak harapkan along dan angah kamu? Mereka tak boleh diharap. Kemana entah mereka menghilangkan diri,”

“Along dan angah hilang sebab daddy!! Daddy paksa mereka ikut cakap daddy! Ikut kehendak daddy. Please la daddy. Kami ada impian sendiri, kami ada cita-cita!” bentak fasha kuat.

“Kamu ingat dengan jadi doktor or engineer kamu boleh kaya ke? Habis tu business daddy ni kamu nak campak ke mana? Penat lelah daddy selama ni kamu tak hargai. Kamu tau tak kamu dibesarkan dengan hasil dari business ni.Kamu dah jadi anak yang kurang ajar Fasha!” tengkingan kuat en. Harriz sedikit sebanyak menakutkan Fasha.

“Ya memang saya kurang ajar. Kurang ajar sebab daddy yang ajar saya menjadi kurang ajar. Business-business! apa daddy ingat dengan kekayaan daddy tu, boleh menjamin daddy kat akhirat ke? Dapat jamin daddy masuk syurga? Susah-susah sangat daddy suruh saja isteri kesayangan daddy dan anak-anak dia ambil alih bisnes daddy tu. Saya tak kempunan dengan harta daddy. Satu sen pun saya tak nak. Saya tak nak kasih saying dinilai dengan wang ringgit! jangan..”

‘Pang!!!’ satu tamparan kuat mematikan kata-kata Fasha. Dia tergamam. Tergamak daddy menamparnya sedangkan selama ini, semasa arwah mummy ada, daddy tak pernah sekalipun menjentik dia, inikan pula menampar dia.

“Anak yang kurang ajar!!

“Dah la tu bang, anak awak tu,” Pn. Halina cuba mententeramkan suaminya. Di pegang erat tangan suaminya itu. Sedari tadi dia hanya menjadi pemerhati. Tapi kelakuan suaminya kali ni agak melampau.

“Saya tak ada anak yang kurang ajar macam ni,” en. Harriz menghamburkan amarahnya pada pn. Halina.

“Ya, saya bukan anak daddy lagi. Sejak arwah mummy pergi, daddy dah tak hiraukan saya dengan along dan angah! Daddy hanya pentingkan company dan perempuan ni saja. Bagi daddy, kasih sayang untuk saya dan abang-abang saya, daddy boleh gantikan dengan wang ringgit? Sejak mummy pergi, jiwa saya, hati saya, perasaan saya turut pergi. Saya dah tak percayakan kasih sayang yang daddy selalu gembar gemburkan tu!!! Daddy selfish!!!”

“Fasha!! Go to your room now. Before daddy naik angin,” arah en. Harriz. Geram. Selama ini anak bongsunya menurut kata, tapi kali ini.

“Saya benci daddy!!! I hate you!!!”

Mengingati kejadian pagi tadi hanya menambah luka di hati. Dia bingkas bangun. Mencapai beg sandang adidas hijaunya. Segala keperluan diperiksa. Semua cukup. Eh jap, mana stok ni. Tangannya menarik laci meja tulis. Ada pun. Dimasukkan semua stok kedalam beg. Kunci nouvo hijaunya dicapai. Tudung di kepala diperbetulkan. K dah siap. Tanpa secalit make up, dia melangkah keluar dari biliknya sambil menyandang beg kesayangannya itu. Dia suka natural dan simple. Tengoklah hari ni, sekadar tracksuit dan t-shirt sahaja. Buat apa pakai cun-cun, bukan nak pergi dating. Dia melangkah dengan pantas, menuruni anak-anak tangga. Kalau boleh dia malas nak terserempak dengan sesiapa pun. Nanti banyak pula hentian R n R kena berhenti.

“Fasha, kamu nak pergi mana tu” Tanya pn. halina

Adeh, kacau daun betul la perempuan ni.

“Nak pergi melawat mak saya. Cakap kat daddy, saya tak balik. Saya tidur sana,”

“Tunggu lah daddy balik dulu, nanti kita lunch sama-sama,”

“ah, saya tak de selera la makcik. Saya pergi dulu,” terus disalami tangan pn. Halina. Walaupun pn. Halina bukan ibu kandung dia, tapi nilai-nilai murni yang diterapkan oleh arwah mummynya tetap dipegang teguh. Orang tua perlu dihormati dan disayangi.

Fasha melangkah keluar, menuju ke nouvo kesayangannya. Hadiah dari hazrul dan hazril sempena ulangtahun kelahirannya ke 18. Terus di hidupkan enjin skuter hijaunya itu. Selepas beberapa ketika, di pecut laju skuter itu. Keluar dari Villa idaman. Hatinya masih sakit, kecewa. Tapi apakan daya, dia masih lagi anak yang menjadi tanggungan.

Dari kejauhan, kelihatan sebuah kereta Honda CRV terparkir di tepi jalan. Pemandunya memerhati anak gadis yang baru saja keluar dari villa itu.

“Fasha, maafkan kami,” detus hati pemandu itu.




MFM_CReaTeD

No comments:

Post a Comment