Saturday, September 3, 2011

cinta terakhir part 2

Chapter 2

Sepapan penadol active fast ditelannya sekaligus bersama-sama sebotol air coke. Matanya memerhatikan sekeliling taman rekreasi itu. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak berlari keriangan. Berkejar-kejaran sesama mereka. Beg sandang yang di bawanya di jadikan alas kepalanya. Dia berbaring di atas bangku panjang. Matanya merenung jauh ke langit. Dia baru pulang dari melawat pusara ibunya. Di dada langit, beberapa ekor burung bebas berterbangan. Alangkah bagusnya kalau aku seekor burung. Matanya semakin layu. Kesan ubat agaknya..akhirnya...dia terlelap..

“Anak, bangun nak. Dah nak maghrib ni,”

Fasha terpisat-pisat bangun. Terjaga dek kejutan oleh seorang lelaki asing. Muka macam mat salleh, tapi cakap melayu. Ah sudah, apa yang mat salleh ni nak?? Nak rogol aku ke??

“Who are you? Apa uncle buat kat sini,” Fasha menyoal garang.

“Uncle tengok dari tadi lagi anak tertidur kat sini, tu yang uncle kejutkan. Dah lewat nak. Anak tak nak balik lagi ke? Dah nak masuk waktu maghrib ni,” Azman menutur kata dengan berhati-hati. Bimbang juga dia, tengok gaya budak perempuan depan mata dia ni macam tengah high je.

“Owh. Thanks uncle. Ingatkan uncle nak rogol saya tadi” Fasha bingkas berdiri. Tersengih macam kerang busuk, dia cuba kontrol diri untuk menutupi kesilapan tadi. Tapi disebabkan kesan ubat yang ditelannya tadi, dia terhuyung-hayang berdiri. Lantas dia terduduk kembali.

“Anak ni ok tak? Uncle tengok macam tak sihat je,”

“Pening sedikit uncle,” Fasha mengemas begnya. Memasukkan botol air coke kedalam beg. Sedari tadi perbuatannya diperhatikan oleh Azman.

‘Sah, budak ni tengah high. Mesti dia dah telan something’ desis hati kecil Azman

“Jom uncle bawa anak ke klinik,”

“Hahaha, tak payah la uncle. Entah siapa Uncle pun saya tak tahu, ini kan pula saya nak ikut uncle,” dia berdiri kembali. Matanya masih berpinar-pinar, tapi dikuatkan juga.

‘Agaknya budak ni dah..’

“Ok la uncle, saya balik dulu. Thanks ya. Assalamualaikum,” dia melangkah kearah nouvo hijaunya meninggalkan lelaki tersebut. Tetapi..

‘gedebuk’

“Ya Allah,” Azman terjerit.

Bau ubat menusuk kuat hidung Fasha. Eeuww. Busuk. Bencilah bau ubat. Matanya memandang sekeliling. Tempat ni begitu asing sekali baginya. Kat mana ni? Hospital? Tak mungkin sama sekali. Tadi dia kat taman. Tapi mungkin juga di hospital. Ye la dah mesin, wayar berselirat ditambah pula dengan bau ubat. Of course dia kat hospital. Tapi mana manusia lain? Bukan sepatutnya dekat hospital mesti ada nurse yang berkeliaran, doktor yang menyemak. Tapi kini dia keseorangan dalam bilik tu. Katil sebelahnya juga kosong.

‘Tok! Tok!’ ketukan di pintu biliknya

“err…masuk,” arah Fasha

Seorang lelaki muda melangkah masuk. Doktor barangkali (ye lah, dah pakai kot putih plus stateskop kat leher, mesti la doctor cik kak oii..) boleh tahan handsome gak doktor ni. Muka macam mat saleh, entah-entah memang mat saleh kot. Alamak kena speaking ke??

“Bagus la, adik dah sedar,”

“err..doktor, saya kat mana?” tergagap-gagap dia tanya. Faham ke doktor ni?

“Panggil je abang Adem. Adik sekarang di Azman specialist. Adik dijumpai pengsan di taman. Ada seseorang yang bawa adik datang ke sini. Macam mana adik rasa sekarang?” Adem hanya tersenyum. Menjawab semua pertanyaan dengan tenang. Dari raut wajah budak ni, macam tak boleh percaya je cakap papa.

“Azman specialist? Hospital la kan?” alamak, nape la bengap sangat aku time-time macam ni. Sebab mamat ni handsome sangat ke? Panggil abang? Eeuw..

“Yup,” Adem tersenyum lagi.

Wah..handsomenya, mau cair rasanya.

“nape dik? Ada pape tak kena ke?” Adem menahan gelak. Melihatkan gelagat Fasha yang agak tidak keruan itu.

“eh. Takde-takde. err, boleh Tanya, siapa yang bawa saya datang sini?”

“Papa saya yang bawak adik datang sini”

“Papa awak?? Siapa papa awak??”

”ya sayang, nanti adik kenal la dengan papa saya ya,”

Muka Fasha dah kemerah-merahan. Pehal lak doktor ni panggil sayang-sayang pula. Nak jadikan aku awek ke apa.

“Adik rehat la dulu ya, nanti saya datang balik bersama papa saya, dan ni beg adik. Saya harap adik dapat call family adik kerana kami ada hal penting yang perlu dibincangkan dengan family adik,” terang doctor muda tu dengan panjang lebar lantas dihulurkannya beg sandang kepada fasha. Selepas itu dia berlalu pergi meninggalkan Fasha keseorangan.

Fasha yang sedari tadi masih kebingungan pantas mencapai huluran tersebut. Beg sandang bertukar tangan lalu dibunya dibuka dengan ganas. Dia mencari-cari N-gagenya, lalu memeriksa skrin N-Gage. Tiada sebarang panggilan atau sms yang masuk. Dia mengeluh lemah. Dah dapat agak yang daddy tak kan contact dia langsung. Hurm, dah macam anak yatim piatu je rasanya. Eh memang aku anak yatim apa. Erm kalau mati ayah baru anak yatim, kalau mati mak anak piatu la kan? Hahaha nasib baik bukan anak pintu. Dia bermonolog sendirian. Ah yang penting kena call Mak Mah, nanti risau pula orang tua tu. Tapi sebelum tu aku kena call dia.jarinya menekan-nekan button pada N-Gage. Huruf z. terus di skrolkan. Mencari nama si dia. Dia terus mendail.

“argh!!..mana plak mamatni pergi..time aku perlukan diamest off nset.

Setelah mencuba beberapa kali mendail,akhirnya dia putus asa. Lantas segera dia mendail villaimpian.

“Hello, Assalamualaikum, Villa impian disini, mahu bercakap dengan siapa?”

“Waalaikumussalam, mak mah!!!”

“Aduh, kamu ke Fasha, Mak Mah ingatkan siapa tadi, jangan dijerit. Nanti pekak telinga Mak Mah ini,” telor Indonesianya masih pekat. Ni disebabkan oleh Pak Agus suami Mak Mah la ni. Pak Agus orang Indonesia yang telah lama bermaustautin di Malaysia. Hampir 20 tahun lamanya tu.

“Hehehe, Mak Mah malam ni adik tak balik tau. Adik kat rumah kawan ni,”

“Kenapa kamu tak balik? Dah bagitau sama tuan belum?”

“Ala, Mak Mah ni macam tak tau je. Daddy tu mana kisah saya kat mana, asalkan jangan mencemar duli nama dia je,”

“Ish, kamu ni, tak baik mengata kat ayah sendiri. Oh ya, tadi tuan ada telefon ke sini,”

“Dia nak apa Mak Mah?”

“Dia tanyakan pasal kamu,”

“Habis tu, apa yang Mak Mah jawab?”

“Ayat yang kamu selalu suruh Mak Mah gunakan lah,”

“Hehehe, thankz Mak Mah. Ni yang buat saya sayang Mak Mah lebih. Lebih dari Pak Agus tau,”

“Kamu ni, mana boleh diketepikan Pak Agus kamu tu. nanti orang tua tu merajuk pula, siapa yang nak pujuk? Kamu ke? Dah la orang tua tu susah nak dipujuk,”

“Hahaha…ok la Mak Mah, sampaikan salam saya dekat pak agus. Pagi esok saya akan balik ke villa. Jangan lupa masakkan breakfast yang sedap-sedap tau,”

“Baik tuan puteri,”

“Hahaha, mak mah ni ada-ada je. K chow dulu Mak Mah. Bye”

“Chow kit road ke fasha? Lain kali bagi salam macam ni Assalamualaikum,”

“Hehehe, Waalaikumussalam Mak Mah, jangan marah-marah ye,”

“Ye la, Mak Mah tak marah pun. Ok la Fasha, Mak Mah nak siapkan makan malam ni,”

“Okai.. kirim salam rindu saya dekat pak agus tau mak mah,”

“ialah sayang,”

Fasha mematikan panggilan telefon tersebut. Dia tersenyum girang. Sampai ketelinga senyumannya itu. Lupa segala masalah yang bersarang di kepala. Dia terus berbaring. Empuk juga tilam ni ya. Tapi, ni specialist dalam erti kata lain swasta punya hospital. Nak mampus, macam mana nak bayar bil nanti? Alasan apa yang nak kena bagitau daddy. Dah la daddy tu jenis berkira kalau pasal duit. Aduh! Masalah besar ni. Huhuhu. Dia merenung tangan kirinya yang dicucuk dengan wayar air. Dia cuba mengingati apa yang berlaku sebelum dia terlantar disini, tetapi semakin difikir dan diimbas kembali, semakin sakit kepalanya. Rasa macam nak cabut je kepala ni. Sakitkah dia?

Tiba-tiba, dua orang doktor melangkah masuk. Doktor tadi dan eh tu pakcik dekat taman tadi. Dia doktor gak ke? Mesti la dia doktor juga, kalau tak, tak kan dia pakai kot putih tu. Mereka menghampirinya bersama dulang makanan dan dulang ubat. Alamak, kena makan ubat lagi ke? Speselnya hospital ni. Doktor yang hidang makanan. Pergh gila kentang.

Adem melangkah menghampirinya lalu memeriksa sambungan wayar air di tangannya. Untuk memastikan sambungan itu berjalan dengan lancar, Adem mengetuk berkali-kali sambungan wayar itu.

“aduh! Sakit la,” bentak Fasha sekuat hati.

“ops, sorry dik. Abang tak sengaja,”

“Sakit tau,” dia mendengus kuat. Geram, pedih, sakit hati.

“Maaf la dik, abang tak sengaja,”

“Abang-abang. Doktor bukan abang saya,” marah Fasha belum reda. Pehal la dengan doctor ni, sekejap saya, sekejap abang. Demam ke??

“Anak dah call family?” soal En. Azman.

“Err…belum doktor,” Fasha tunduk memandang tilamnya. Tak berani dia memandang doktor-doktor yang berada didepan matanya itu.

“Kenapa anak tak call family lagi,”

“Ayah saya selalu busy, mak saya dah tak ada, jadi…”

“Owh, it’s ok. Uncle Dr. Azman Williams dan ni anak uncle, Dr. Adem Syahridzal. Tadi dekat taman, anak jatuh pitam. Tu yang uncle bawa anak ke sini,”

“Uncle, bil hospital ni mahal tak? Saya tak ada duit. Kalau boleh saya tak nak susahkan ayah saya,” tanya Fasha.

En. Azman memandang anaknya Adem. Adem hanya member isyarat anggukan.

“Pasal bil anak tak payah risau. Dah anak makan dulu ye. Jangan lupa makan ubat ni. Bagi cepat sembuh. Anak uncle akan temankan anak malam ni,”

“Tapi uncle, kami bukan muhrim,” dalam sakit-sakit, masih terlintas difikiran Fasha tentang batas-batas agama.

“Kamu jangan risau, uncle ada di bilik uncle, lagipun kat specialist ni ada nurse, Cuma dalam kes kamu ni, special sikit. Dapat layanan istimewa dari kami. Kalau ada pape tekan je button kat sebelah katil tu. If he try to do anything to you, tell me. Uncle piat-piat telinga dia” En. Azman tersenyum memberikan jawapan, sambil menjeling pada Adem.

Adem hanya tersenyum.

Eeuuuww..kenapa la dua beranak ni. Macam ada sesuatu je. Detus hati Fasha.

“Uncle keluar dulu ya,” tambahnya lagi. Lalu dia melangkah keluar. Sebelum keluar dia sempat berbisik sesuatu pada anaknya.

Fasha merenung hidangan malam di depan matanya. Sedikit pun tidak terdetik di hatinya untuk menjamah hidangan tersebut. Hatinya sebu. Sebak. Entah la, sukar untuk ditafsirkan perasaan dia sekarang ni. Alangkah indahnya kalau yang berpesan tadi ialah daddy. Air matanya bertakung. Dadanya berombak kecil, menahan tangis.

Sedari tadi Adem hanya memerhatikan Fasha. Dia tau, dalam hati gadis itu tersimpan seribu rahsia. Seribu cerita. Tapi dia sendiri tidak tahu macam mana nak menolong. Permintaan papa tadi amat berat untuk diturutkan. Aduh. Papa, kenapa la papa mesti bersusah payah dan menyibuk nak tahu hal orang lain.

“adik, kenapa tak makan lagi? Nanti perut tu masuk angin, nantikan nak makan ubat,” Adem bersuara perlahan. Memecahkan kesunyian.

“Err..saya tak lapar,”

“makan la sedikit sayang. Please, bukan untuk orang lain, untuk diri adik juga,” Adem menghulurkan dulang berisi nasi itu.

Fasha menyambut huluran itu. Perangai Adem ni tak ubah macam along dan angah. Along, angah pergi mana. Adik rindu. Dia terus tersendu-sendu.

Alamak, nangis pula. Apa yang aku dah buat ni sampai dia nangis pula.

“kenapa ni sayang. You want share something with me?” ingin saja di peluk anak gadis di depannya itu. Tapi akalnya masih waras. Gadis di depannya itu tiada pertalian dengannya. Tingkahnya sama seperti Nasuha. Adiknya yang dah pergi jauh.

“huhuhu, boleh saya panggil doktor abang?” soal Fasha dalam tangisan.

“Boleh sangat sayang,”

“Adik rindukan Along dan Angah,” tangisan dia semakin panjang. Di hulurkan tangannya untuk memeluk Adem. Wajah Adem macam dah di tukar ganti dengan wajah abang-abang kembarnya. Terus dipeluknya adem.

Adem sedari tadi tergamam dengan tindakan Fasha. Dia tahu, Fasha kesunyian dan kesepian. Dan dia tahu Fasha juga mengalami konflik dalam diri.

“Adik, jangan macam ni. Sabar ye sayang, cuba cerita pada abang,” Adem melepaskan pelukan Fasha. Seboleh-bolehnya dia tak nak akalnya yang masih waras ini dikuasai oleh syaitan.

Fasha tersedar, sedar yang dihadapannya bukanlah abang-abang kandungnya. Di depannya seorang lelaki yang baru dikenali. Perasaan malu menguasai diri.

“maafkan saya,”

“you want share with me,”

Fasha menggangguk, lalu dia menceritakan segala-galanya.


MFM_CReaTeD

No comments:

Post a Comment