Thursday, September 13, 2012

GOSH!!!!



Stres? sakit ati?

hahaha...xtau la nk ckp apa...

aku pon xtau nk describe macam mana...

actually pasal keja...kadang2 best...kadang2 dtg time ntah pape nye tu...smlm lak ada kes...babitkan bos lak tu...aku dh seriau nk g deparment printing...cinfident level aku dh jatuh....mest kena maki la pasni...(~_~)

sebut sal keja...kejap je wase...pejam celik, pejam celik dah 9 bulan aku kije...cam xcaya pon ada....tp itu lah hakikat...tp satu je aku xpuas ati...aku masih lg dlm tempoh.......phm sendiri r...mls nk citer dh...tp sbb aku perlukan pengalaman...aku kena bertahan...chaiyok2!

TAZKIRAH ARI INI...(dipetik dari mana ntah..lupa dh)

CINTA

apa tu cinta eh...sekarang susah dh nk cari cinta sebenar....
susah dh nk cari cinta sejati....
susah nk cari cinta hakiki....

Cinta pada manusia akan mati
Cinta pada tumbuhan akan layu
Cinta pada ILAHI adalah cinta yang hakiki....



Mencintai Allah Taala merupakan cinta yang teragung. Ianya cinta yang tak dapat disamakan dengan cinta-cinta yang lain. Manusia yang bercinta mungkin bertepuk sebelah tangan, namun barangsiapa yang mencintai Allah, maka cintanya akan dibalas.

Anas berkata:

Maka aku amat mencintai Allah, rasulNya, Abu Bakar, dan Umar. Aku ingin seandainya aku dapat bersama mereka (di Akhirat) walaupun aku tidak beramal sepertimana amalan-amalan mereka.

[Direkod oleh Muslim: 6881]

Siapakah orang yang paling mencintai Allah?

Pastilah yang paling mencintai Allah dengan sebenar-benarnya adalah orang yang beriman, sepertimana yang disebutkan Allah Taalah:

Dan orang yang beriman itu amat dahsyat cinta mereka kepada Allah

[Al-Baqarah: 165]

Dalam sebuah hadis, Nabi ﷺ pernah menyatakan bahawa lelaki mabuk yang lalu dihadapannya dan telah disebat atas kelakuannya itu, juga mencintai Allah dan RasulNya:
Janganlah kamu melaknat dia. Demi Allah! aku tidak mengetahui tentang dia melainkan dia ini mencintai Allah dan RasulNya.

[Direkod oleh al-Bukhari: 6780]

Ini membuktikan bahawa, maksiat tidaklah menafikan asal usul kecintaan. Namun ia menafikan kesempurnaan cinta.

Darjat Cinta Kepada Allah

Cinta kepada Allah mempunyai darjatnya tersendiri: (1) Sentiasa melakukan apa yang diwajibkan Allah, (2) Darjat orang mendekati Allah Taala.

Darjat Pertama: Melakukan perkara yang diwajibkan Allah meliputi cinta kepada apa yang diwajibkan Allah, membenci apa yang diharamkanNya, meredhai apa yang dibawa dari Allah dan meresa redha dan berserah diri dengan apa yang diberikan.

Allah Taala berfirman:


Maka demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan sebagai beriman sehinggalah mereka menjadikan engkau sebagai hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul diantara mereka. Kemudian mereka pula tidak merasa d hati mereka suatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan. Dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuh hati.

[an-Nisa`: 65]

Nabi ﷺ juga berkata:

Siapa yang memberi kerana Allah, dan melarang kerana Allah, dan bercinta kerana Allah, dan membenci kerana Allah. dan bernikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya.

[Direkod oleh at-Turmizi: 2521][1]

Dengan itu, kita mengetahui bahawa kelalaian dalam perkara wajib, dan perbuatan dosa-dosa yang diharamkan Allah- mengurangkan keimanan, maka ia perlu dimuhasabah semula.

Rasulullah ﷺ berkata:

Tidak akan berzina seorang penzina , jika ketika dia berzina dia mengetahui bahawa dia orang beriman. Dan tidak akan meminum arak (pemabuk) jika ketika dia minum itu dia menyedari bahawa dia seorang yang beriman. Dan tidak akan mencuri (seorang pencuri) jika ketika dia mencuri, dia menyedari bahawa dia adalah seorang yang beriman.

[Direkod oleh al-Bukhari: 2475]
Darjat Kedua: Setelah berjaya melakukan amalan yang diperintahkan Allah, dan menghindari laranganNya, maka pada peringkat kedua amalan tersebut ditambah dengan amalan-amalan sunat serta menghindari amalan yang makruh.

Allah Taala telah menyebutkan dalam hadis al-Qudsi:

Aku akan mengistiharkan perang kepada siapa yang menunjukkan permusuhan kepada hambaKu yang soleh. Dan perkara yang paling Aku sukai adalah hambaKu mendekati kepadaKu dengan melakukan perkara yang aku wajibkan padanya. Dan hamba Aku akan terus mendekatkan diri kepadaKu dengan melakukan perkara-perkara sunat sehinggalah Aku menjadi cinta kepadanya. Apabila Aku mencintai dia, Aku akan menjadi pendengarannya yang dengan pendengaran itu dia mendengar. Dan Aku akan menjadi penglihatannya, yang dengan penglihatan itu dia melihat. Dan Aku akan menjadi tangannya, yang dengan tangan itu dia memegang. Dan Aku akan menjadi kakinya, yang dia berjalan dengannya. Sekiranya dia memohon padaKu, Aku akan memberikan padanya. Sekiranya dia meminta perlindungan padaKu, Aku akan melindunginya. Dan Aku tidak akan ragu-ragu untuk melakukan sesuatu sepertimana Aku ragu-ragu untuk mengambil nyawa orang yang beriman, sedangkan dia tidak sukakan kematian, dan Aku tidak suka untuk mengecewakannya.

[Direkod oleh al-Bukhari: 6502]


p/s : aku serik bercinta...(-_-)/..pehal tajuk entry aku macam lari je..huhuhu


MFM_CReaTeD

No comments:

Post a Comment