Saturday, February 21, 2015

The story

Sedari tadi, dia menguis2 pepasir yg memutih dengan ranting kayu yg dipegangnya. Hatinya resah, fikirannya celaru. Ombak yg menghempas pantai tidak dapat menambat perhatiannya langsung. Angin yg bertiup sepoi2 bahasa, tidak dapat memadamkan gundah di hati. Manik jernih mengalir laju di pipinya, ibarat mutiara yg terputus dari karangannya.

Sunyi...
Sepi....

Dua kalimat yg x lekang dr fikirannya. Cemburu pada kebahagiaan orang2 sekeliling. Agaknya bila dia akan mengecapi kebahagiaan yg sama?

Fikirannya jauh terbang ke ruang angkasa. Kicauan burung tidak dapat mengisi kesunyian hati. Ingin terbang ke dada langit. Terbang bebas seperti burung.

Resah, runsing. Dia keliru. Antara hati dan perasaan. Antara cinta dan kasih sayang. Apakah permainan kali ini.

Pandangannya dilemparkan jauh. Merentas alam. Memerhati ombak yang tinggi menghempas pantai. Ombak lagikan mengubah pantai, inikan pula hati manusia.

"Mungkin sekarang ko kata tiada apa2, tp kalau lg 3,4 bulan, Hati ko berubah macam mana?" Kata2 dari seseorang semalam buatkan dirinya banyak berfikir.

Salahkah apa yg dia buat sekarang?

"Aku tau ko sunyi,sepi. Tapi aku xnk ko bermain dengan api"

"Aku tau apa yg aku bt, selagi aku tau batas2nya,"

"Ya aku tau. Hati ko keras. Tp ko x tau hati dia. Apa yg tersirat kt hati dia ko xtau. Kalau mulut kata macam ni,hati kata macam mana?"

"Aku x faham, kenapa semua org nk halang hubungan aku dgn dia. Aku x pernah anggap lebih. Sebagai seorang sahabat dan saudara sahaja. Selagi aku bernafas, selagi aku tau batas, aku rasa perkara ini tak jadi isu,"

"Memang xkan jadi isu. Tapi ko kena ingat, dia bukan milik ko, dia milik orang lain. Aku xnak ko dituduh merampas. Aku xnak satu hari nanti, ko muncul dpn aku, ko menangis n ckp ko kecewa kerana dia"

"Salahkah apa yg aku buat ni? Salahkah aku menumpang kasih?"

"X salah, tp aku risau. Risaukan ko. Takut ko dipergunakan, takut ko pergunakan dia. Selagi kita boleh elak, baik kita elak,"

"Aku sayangkan dia, tapi sayang aku pada dia hanyalah sayang seorang saudara. Xpernah terdetik aku nk pergunakan dia. Tp aku xtau kalau dia mmg ada niat nk pergunakan aku. Tu antara dia dgn Tuhan,"

"Beb, aku nasihatkan ko sbb aku kawan ko, aku tau ko sayangkan dia sepertimana ko sygkan arwah. Aku x boleh halang sayang ko tu, aku x boleh hentikan kepercayaan ko terhadap dia. Tp aku risaukan ko, ko amanah aku. Amanah arwah kt aku. Tp aku xkan ada selama2nya untuk ko. Berhati2lah beb. Ko baru kenal dia"

"Memang aku baru kenal dia, aku ikut kata hati. Aku perlukan dia sbb aku sunyi. Dengan dia aku happy..aku dapat luahkan apa yg aku rasa. Dan aku tau dia milik org. Aku takkan sesekali jd org ketiga. Andai masa untuk aku undur diri dah sampai, aku akan undur diri"

"Aku x faham dgn ko. Kenal baru beberapa saat, tp dh berani berkata sayang, dah berani menaruh kepercayaan,"

"Ko x berada di tempat aku,ko xkn faham apa yg aku rasa. Ko xpernah kurang kasih sayang, ko xpernah kehilangan. Ko xpernah rasa sunyi, ko xpernah alami apa yg aku alami"

"Aku faham. Aku faham sgt2 dgn ko. Arwah pernah bgtau. Tp kali ni aku x sanggup tgk ko kecewa kerana kehilangan lagi. Aku takut sampai satu masa dia akan pergi tinggalkan ko. Aku xnk apa yg berlaku semasa ko kehilangan arwah berlaku lg"

"Kenapa ko nk halang aku, kenapa semua org nk halang aku dari ada hubungan dgn dia. Aku anggap dia saudara, sahabat sahaja. X lebih dari tu. Sayang aku pada dia seperti sayang aku pada arwah. Seperti sayang aku pada keluarga. Xpernah lebih pun, xpernah ada perasaan lain. Selagi aku tau batas2, selagi aku tau jaga diri, aku x rasa perkara ni salah. Salah ke aku menumpang kasih? Salah ke aku mendapatkan sedikit perhatian? Dia pun anggap aku seperti saudara dia. Dia x pernah anggap aku lebih!"

"Ko pasti dia x anggap ko lebih? Ko pasti dia hanya anggap ko saudara?? Ko pasti ke semua tu??"

"Kenapa ko nak halang aku?"

"Aku x halang, tp aku bertanya sahaja. Aku xnk apa2 berlaku kat ko. Aku x dapat jaga ko 100%, tp sebagai seorang kawan, aku rasa jd tanggungjawab aku untuk ingatkan ko"

"Ko x happy ke?dia yg memberi impak yg besar kepada perubahan aku kali ini"

"Ya aku sedar akan itu. Aku pun nk berterima kasih kt dia, sbb kerana dia ko berubah. Tp tempoh 2 bulan x boleh dijadikan alasan untuk ko percaya dia 100%. Simpan skit percaya ko tu"

"Boleh ko bg reason yg munasabah sikit x? Kenapa ko ni halang hubungan ni?"

"Aku x halang, cuma aku risau. aku nk ko berhati2. Jgn jumpa dia selalu. Jarakkan sedikit hubungan ko dgn dia. Walaupun ko x jumpa dia, tp ko boleh lg msg atau call dia kan. Jg diri beb. Aku sygkan ko. Aku xnk pape berlaku kt ko. Ko perempuan. Sekeras2 hati ko, dgn dia ko hati tisu. Aku xnk dia ambil kesempatan kt ko. Bkn aku x percayakan dia. Tp better kita berhati2. Lelaki baik macam mana sekalipun ttp ada jahatnya"

"Abes ko bkn lelaki ke??"

"Ya aku lelaki, sebab aku lelaki lah aku nk ingatkan ko pasal lelaki, jgn percayakan lelaki 100%"

"Abes aku x payah lah percayakan ko"

"Ko xnak percaya aku xpe, aku x kesah. Tp satu je aku nk pesan. Jaga diri, aku x selalu ada untuk ko beb. Kalau pape jd kt ko, mmg aku cari dia. Aku bunuh dia"

"Ko giler ke apa sampai nk bunuh org"

"Hahaha..just kidding. Ko still ada aku. Aku tau aku x sama macam dia"

"Sama je, ko pun milik orang. Bila ko nk carikan aku kawan. Huhuhu. Xkesian ke kt kwn ko ni?"

"Hahaha, susah nk jumpa lelaki baik mcm aku sekarang ni"

"Hampeh, celah mana ntah baeknya"

"Hahaha. Aku baik apa. Beb jaga diri tau. Byk2 la doa. Jgn mudah sgt jatuh sayang"

"Cara ko ckp mcm aku dh tangkap cintan dgn dia. Sorry to say la. Ni Fasha la. Bukan mudah jatuh cinta"

"Mulut je ckp mcm tu, hati ko??"

"Byk r, sekali aku kata saudara, selama2nya saudara. Ko jgn jd batu api"

"Hahaha. K la dh lambat, aku dh janji dgn tunang aku, take care beb. Xyah jiwang2 sgt. Jaga batas2 ko dgn dia. Gtau dia, berani dia bt bukan2 kt ko, aku bunuh dia nanti"

"Hahaha.. ye la..kirim salam lah dkt tunang ko"

"Chow. Ko pergi balik, dh lwt ni. Kalau dia tau, mau ko dpt 'adiah' nanti"

"Ye la, aku balik japgi"

"Jgn balik lewat sgt, jgn plak nk try bukan2"

"Ya2"

____________________________________

Semua menghalang perhubungan dia kali ni.
Tp kenapa? Perasaan sayang yg hadir ni hanya perasaan sayang seorang adik pada abangnya.
Dia keliru. Salahkah?
Jam menginjak ke angka 2.00 sudah lewat benar. Tp masih ramai lg manusia berpacaran di tepi pantai. Lantas segera dia bangkit, menuju ke kereta kesayangan.
2am, masih disini. Dia perlukan rehat. Ubat ditangan dipandang sepi. Janji atau realiti.

No comments:

Post a Comment